Thursday, February 28, 2013

Al Fatihah buat arwah nenek; 3 tahun telah berlalu

alhamdulillah arwah nenek telah di selamat di jannah.
semoga arwah nenek sentiasa gembira dan bahagia di sana.

3 tahun masa berlalu terlalu pantas.
nenek adalah penyokong setia... dari aku kecil hingga dewasa, dari aku nikah dan sudah ada anak.
nenek Almarhum Hajah Kartinam Bt. Ibrahim (Maaf la kalau tersilap eja) akan meneman sesuatu yang baru yang ada pada diriku. 

Setiap kali aku cuti, nenek pasti akan tidur di rumah mak ayahku. katanya ada teman di kala
Mama dan Babah kerja. Masa majlis pernikahanku nenek 3 malam mengisi setiap pengisian majlisku.
Lepas nikah kami amik nenek bawak naik kereta starlet oren... (lepas ni tak tau la nak cat warna apa...hehe, masih di workshop nie...mode: sedih)   datang rumah Setia Jaya.

Nenek kata kereta racing, ekzos besar, bunyi kuat...hehe..membuat kami terhibur.
Setiap kali aku selamat bersalin, nenek pasti datang melawat aku dan cicit barunya. Setiap masa itu, makcik ku (adik babah yang bongsu) setia menemani nenek ke mana2.  

***********************************************************
Sehari sebelum nenek meninggal, 12 lebih malam; kira awal pagi Isnin. Kebetulan majlis pertunangan sepupuku (Sabtu). Memang ramai saudara mara yang datang termasuk mak mertuaku.
Lepas selesai makan-makan di luar...kami masuk ziarah nenek...Ya Allah sayunya hati ku melihat nenek, tetapi nenek sentiasa tenang. Bila aku bersalam, genggamannya menandakan kerinduan. Seminggu @ 2 minggu sebelum tu, nenek demam. Nenak ada tanya pada mama, apa khabar kami anak beranak. Lama tak datang menjengah.  

Bila melihat keadaan nenek yang nampak kurang bermaya... mak mertuaku berkata "ni macam dah tak lama lagi usianya". Terus aku tak sedap hati... aku uruskan la nenek mana yang boleh, usap2 badannya. Nenek memang suka di usap2, di belai2. orang veteran la katakan. Padaku, jika nenek meninggal dunia pun, biarla dalam iman dengan mudah proses sakaratul mautnya. 

Hari Ahad, sebelum balik bangi...aku ajak suamiku singgah jenguk nenek. Hati rasa tak sedap, masih terngiang2 kata2 mak mertuaku. Tetapi sebab kami keluar dari rumah mama dan babah lewat, maka hasrat untuk menjengah nenek di batalkan. Suamiku kata minggu depan sahaja kita ziarah. Aku jawab dalam hati: takpe la kalau nenek meninggal dunia pun aku redha. Alhamdulillah Allah sempat menemukan aku dengan arwah nenek sebelum nazaknya. 

Malam tu aku dapat panggilan missed call 2-3 kali dari kakak sepupu sulungku. Waktu tengok missed call yang berkali-kali, malam pula tu...hati tak sedap. Sekali telefon balik, memang benar. Nenek telah di ambil Allah dengan tenangnya.

Selesai majlis pengurusan jenazah, kami pun bersiap2 balik singgah rumah mama dan babah kejap...kemudian balik bangi.

Al- Fatihah buat arwah nenek. Semoga sentiasa tenang dan bahagia bersama arwah atuk di syurga.
Doa kan kebehagian kami dunia akhirat. SAYANG NENEK...
  

No comments:

Post a Comment