Saturday, March 23, 2013

When I'm Feeling HAPPY

Bismillah...

Buku ni jumpa di Perpustakaan Bandar Baru Bangi.
Saya suka tajuknya...n surface kulit rabbitnya...

Bila saya sua pada Zaharah, beliau buat tak tahu...
Saya bagi rasa surface rabbitnya... Zaharah mcm suka, tapi masih buat tak tahu...

Bila nak balik, Afiqah yang ambil buku tu...

Nak tido...;
Zaharah ambil nak tengok/baca bukunya...
Afiqah tak bagi... tadi kakak bagi kat library, zaharah tak nak...
Zaharah nangis... saya ambil buku tersebut dari Afiqah dan beri pada Zaharah.

Jom kakak, kita bagi Zaharah baca buku...
jom kita tido...
Zaharah nangis...
terus saya peluk dan tidokan Zaharah...

Alhamdulillah, nampaknya semua anak2 suka buku nie...moga suka juga isinya....


Tuesday, March 19, 2013

doc kata "awak tak tahu ke...?"

sy tahu doc...pernah dengar gejala sakit tu...
tapi sy tak tau la simptom yg afiqah & zaharah alami nie, simptom itu rupanya

masih cetek ilmu saya doc...

ok la nak kongsi maklumat. baca la bebila free ye... http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/779-kenali-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut

Tanda dan gejala penyakit:
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Deman
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Kurang kencing
  • Penat dan lemah
afiqah mula dengan demam hari Jumaat 15/3...alhamdulillah dlm 36 jam afiqah dh sahkan dirinya tidak demam.
15/3: malam...sahkan mulut sakit sangat...sy bg minum air byk...petang 16/3...bila demam dh sembuh, mulut pun dh tak sakit
17/3: tgk mmg byk ulcer/mata ikan kat bibir
18/3: mlm...tgk ada bintik2 kat tapak tangan n kaki
19/3: gi klinik doc diagnose sakit di atas...alhamdulillah doc maklumkan sudah pulih.perlu beri minum air berterusan supaya tdk dihidrat.
20/3: still hantar gi tadika. staf kesihatan maklumkan perlu kuarantin 7-10 sejak hari pertama demam.

zaharah:
18/3: petang nmpak 1 badan naik merah kecuali muka dan tapak tangan...ingatkan campak merah kecil.
balik keje bg makan n minum byk...kulit nmpk cerah...
19/3:gi klinik doc diagnose sakit di atas...alhamdulillah doc maklumkan sudah pulih.perlu beri minum air berterusan supaya tdk dihidrat.bintik merah masih ada...
alhamdulillah masih menyusu mummy...

Moga Allah sentiasa memelihara anak-anakku dunia akhirat mereka...AMIN

...cinta hati...

Bismillah...

sesegar kasih Allah... ni hadiah dari Allah
pic taken: 180313
nie hadiah dari husband & anak...nabihah kata; "mummy, daddy bagi hadiah cinta hati kat mummy..."

2013
nie hadiah 2005...
2005


Monday, March 18, 2013

mcm mana anda nak PERCAYA...

cuba anda tgk bil api nie betul2...
8 bulan
penggunaan sebenar utk 8 bulan RM1588.95
sebelumnya bil asyik anggaran je...sbb meter kat dalam

baki perlu bayar utk duit gaji bulan nie...RM840.90. ini real amount, bukan lagi anggaran...hehe

secara purata penggunaan sebenar sebulan rm198.60
mereka anggarkan rm100-120

so, ini la akibatnya...ALHAMDULILLAH...

Wednesday, March 13, 2013

jawapan..."Penangan Nabihah"

mummy...daddy...tokma...tanya, kenapa kakak tak nak cabut gigi...?

kakak tak suka doc tu...dia doc lain...tak pakai baju putih....

saya tanya suami...
bang, hari tu yang cabut doc lelaki ke...yang pernah cabut gigi abang tu ke?
suami: ye...
ooo...patutla masa kakak naik klinik gigi...
mummy dengar kakak cakap..."ni doc lain, kakak tak nak doc nie..."

doc nie pun baik...cuba dia pakai cubah gelap...lepas tu bilik masuk bilik cabut gigi
doc nie tak pakai baju kot putih...
tiada komunikasi jenaka dengan nabihah...

pe2 pun alhamdulillah doc nie tak marah pun...

Tuesday, March 12, 2013

penangan Nabihah

hari nie aku bercita2 balik awal...awal dlm erti kata lain sebelum pkl 6petang.
kebetulan kereta di uji...mula 5.40-6.00 keta masih belum start...
kol husband, alhamdulillah husband dh sampai rumah...ada urusan di bangi...
jadi dapatla balik awal.
aku masuk opis kejap...tenangkan fikiran
pkl 6.15 cuba start semula...masih belum berjaya...kol husband...
alhamdulillah husband n anak2 otw amik ku...

6.30 petang...nabihah bersungguh2 nak cabut gigi depannya yg sebelah kanan.
katanya:
i. kakak tak takut cabut gigi
ii. gigi kakak dh semakin pendek, kena cabut

kami pun menuju ke klinik gigi puteri seky 3 tambahan,
masuk klinik bukan main riang ria...
masuk je bilik cabut gigi...menjerit2 tak nak cabut gigi...
meronta2 pd suamiku, menunjukkan aksi tak nak cabut gigi

kami dalam kesabaran melihat karenah nabihah...
doc pun faham kanak-kanak.
doc suruh balik dulu, bila betul2 sudah bersedia...datang la semula

otw nak balik...suamiku masih boleh bagi hadiah baju pada nabihah & afiqah...
aku cakap: aa nie daddy dh belikan baju, boleh la hantar nabihah ke klinik gigi...
mengenangkan dh nak maghrib...kami pun balik la rumah dulu
dapat gak sejukkan hati...hehe


Monday, March 11, 2013

checkup 11/3/2013

hari nie Zaharah check up 1 tahun 3 bulan...
Alhamdulillah hari nie, suami dapat teman ke KK BSP... bila terkenang kembali kenangan mengandungkan Zaharah...fuhhh sungguh hebat...

otw masa hantar Nabihah, principle Nabihah kata..."wa baby pun ikut juga..."
semasa proses menunggu no giliran utk jumpa doc, sbb Zaharah batuk...ada sebuah keluarga bersama anak lelaki kecil menuju masuk ke KK... Zaharah seperti hendak menyapa anak lelakinya...
ibu anak itu yg sedang sarat mengandungkan anak kedua...menyapa..."wa comelnya baby nie..."

wow...zaharah masih di panggil "baby"...
patutla zaharah masih belum teruja melihat baby2 yg ada di KK BSP...hehe

**In Shaa Allah, walau apa pun alhamdulillah Zaharah membesar menjadi anak yang solehah dan hebat...**

Friday, March 1, 2013

nukilan anak-anak

Sejak petang semalam...setiap hasil yang Nabihah buat.
Pasti lepas tu nyanyi lagu "Happy Birthday" dan beri padaku.

Tengah hari tadi... siap merajuk bagai....
Mummy cakap, hasil yang kretiviti dalam tv tu cantik...
Nabihah merajuk, dengan ayat "hasil yang kretiviti dalam tv tu cantik"

Dia kata, mummy tak cakap yang hasil Nabihah buat cantik.

Untuk memujuk hati anak-anakku...mereka suruh mummy bawak hasil tulisan tangan mereka ke ofis.

Daa... ini la hasilnya...

Campur-campur tulisan. Ada gak tulisan mummy...hehe
Nabihah buat bentuk "Love" bagi menggambarkan perempuan... bentuk "Kotak" bagi lelaki.
Shape untuk daddy dah betul...tapi untuk Zaharah pun, Nabihah buat kotak.
Sebab Nabihah kata Zaharah looks like boy... sabar je la anakku.