Sunday, May 5, 2013

PRU13; 5/5/2013

Bismillah...

505: no borang pendaftaran tahun 1 nabihah di sek ren BSP.

mlm PRU13 (4/5/2013 tengah malam) suasana seperti nak raya; bezanya tak kacau rendang je...
husband gi main badminton,
adik kedua main game
adik bongsu sembang ngan membe

husband balik main badminton, sambung sembang dengan adik bongsu
diriku teman adik kedua main game...hehe
anak2 dh tido; adik2 ipar menido kan anak mereka
mama & babah, final check barang2 dlm beg mereka
3 petang 5/5/2013 flight mereka untuk menunaikan umrah

awal pagi 5/5/2013 sekitar pukul 8-9 pagi...adik2ku dan ayah sudah siap sedia nak mengundi
mama masih bersilat di dapur menyiapkan sarapan
diriku bangun, siapkan anak2...
lepas mama siap...babah hantar untuk mengundi.

diriku dan keluarga sarapan, kemas pinggan mangkuk di sinki
lepas salam mama & semua, terus bergegas ke tempat mengundi sekitar 10.50 pagi
kat umah adik2ku dh ajar, macam mana nak dapat emergency lane...
bagitau "nak hantar mak ayah gi airport untuk menunaikan umrah";
adik2 bgtau akak terus je gi saluran 4; sebab dah dapat maklumat namaku memang di saluran 4

sampai je terus cari saluran 4, elok je beratur, ternampak member sekolah rendah tengah beratur.
aku lambai dia, dia lambai aku...so aku buat muka tebal terus gi tempat dia.
sempat gak minta maaf kat orang belakang, bgtau "saya nak hantar mak ayah gi umah"
alhamdulillah dia angguk...so dapat la mempercepatkan masa menunggu ku...

sambil tunggu, sambil sembang, amik gambar, gelak2, tukar2 no tepon...
iye la jumpa kawan sekolah rendah la katakan...namanya Norhayati
aku: takde jumpa sape2 lagi?
yati: takde...ni jumpa ko jer, tu yg rasa seronok tu...
aku: alhamdulillah dpt gak jumpa yati, cepat sket nak gi mengundi...kalau tak dah tentu kena minta izin kat polis tu untuk dapat emergency lane...

*emergency lane tu, kira macam potong Q la disebabkan sebab musabab yang kukuh

bila sampai dekat pintu masuk...best la kan kita jumpa, tunggu sambil sembang tak la boring...hehe
yati: ko undi sape?
aku: biarla rahsia, kang bgtau kat sini...tak keluar plak dari kawasan sekolah ni, dah la nak hantar mama & babah gi airport.
yati: gelak jer...

aku kali kedua mengundi,
tapi terasa kelainan tahun nie...sebab aku gi mengundi tanpa siapa paksa
tiada siapa yg tentukan siapa yang perlu aku pilih...
rasa seronok dapat masuk sekolah rendah agama balik, zaman sekolah2 dulu...
aku tengok banyak gelagat...
pakcik yang dulu memperjuangkan parti lain, sekarang memperjuangkan parti lain,
macam mengelak2 nak jawab pertanyaan aku...alhamdulillah akhirnya dia jawab gak
aku tak kisah pakcik tu nak undi dan sokong mana, itu pilihan dia... 

bila aku masuk keta;
nabihah: mummy nanti kakak nak calit jari macam mummy
mummy: ok, nanti kakak dah besar kakak pun boleh undi
afiqah: mummy, nak pegang jari mummy
mummy: nah...
afiqah: habis, jari dia pun terpalit biru...

mama & babah ikut kereta adikku...
familyku sampai airport lambat...jemaah lain berkumpul nak bergambar2 dan bersalam2
alhamdulillah aku sempat sesi bersalam2 dan bermaafan dengan mama & babah, serta makcik2 pakcik2ku
yang ikut serta menunaikan ibadah umrah...
kadang2 aku fikir, nape aku sampai lambat...tapi biarla hatiku bagi jawapan...
moga mama & babahku sentiasa dilindungi Allah, dapat menunaikan ibadah umrah dengan
tenang, ikhlas, berkat serta dilancarkan segala urusan mereka...diberkati kesihatan mereka.
begitu juga dengan makcik2 pakcik2ku yang turut serta

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment