Friday, September 13, 2013

Kiraan EDD

Bismillah.

Alhamdulillah

Apakah EDD?
EDD: (estimated date of delivery); tarikh anda dijangka bersalin.

Macam mana nak kira:
Pastikan bilakah hari pertama tarikh haid anda yg akhir ( LMP ).
kiraan kasarnya : berdasarkan tarikh LMP ,kemudian tambah 9 pada bulan dan 7 pada hari ke hadapan.anda akan dapat EDD.

contoh kiraan :
lmp( hari pertama haid) : 1.4.2011 selepas tambah 9 bulan dan 7 hari : edd 8.1.2011,
1+7=tarikh 8
4+9=13-12(1tahun ada 12 bulan) = bulan 1
Dengan mengetahui tarikh lmp anda akan lebih yakin untuk menghadapi hari2 seterusnya

Bagaimana jika Lupa lmp?
Jangan panik! pergilah  berjumpa doktor untuk ujian ultrasound bg menentukan tarikh EDD.
Walaubagaimanapun, tarikh mengikut kiraan lmp ini adalah lebih tepat berbanding scan.

Maklumat lanjut untuk pembacaan.
Sila layari http://klinikajwa.com/2011/07/01/tanda-tanda-kehamilan-dan-bagaimana-mengira-edd/

Kesuburan Diri Wanita

Bismillah...

Alhamdulillah...
Macam mana nak kenal tempoh subur diri???

Tempoh subur adalah hari ke-14.

Mengikut kajian/kiraan saya.

contohnya
Jan/2013: period pada 13/1//2013
Feb/2013: period pada 10/2/2013

Macam mana nak kira cycle period.
Cuba anda kira dari 13/1/2013 - 10/2/2013.
Anda dapat: 29 hari.

29-14=15...maknanya hari yang ke-15 adalah hari anda paling subur

Kira 15 hari dari tarikh 10/2/2013.

Menunjukkan  24/2/2013 adalah hari ke-15...di mana tiub fallopio anda sedang merembeskan ovum.

Ada orang tempoh suburnya 3 atau 5 hari sebelum dan selepas 24/2/2013.

Saya ambil contoh 5 hari;
maka tempoh subur anda adalah 20-18 Feb 2013.
Jika anda dan pasangan bercadang mendapatkan zuriat...usahala dalam tempoh di atas.
relakskan minda...positif kan emosi, insyaAllah lebih tenang sewaktu proses bersama.

Jika belum bercadang...guna/buat cara lain dalam tempoh di atas.

Untuk anda lebih mahir dan mengenali tempoh subur anda, cuba buat kiraan pada bulan-bulan yang lain.

InsyaAllah...selamat mengenali kitar subur anda.



Gaji

Bismillah.

Alhamdulillah saya masih dapat gaji.
Ramai orang kata sebenarnya gaji tu Allah pinjam pada kita untuk di agihkan kepada yang berhak.
Juga untuk kita mendapatkan keberkatan dari rezeki yang halal dan berkat dunia akhirat kita.

Agihan:
10% - simpanan tetap/jangka panjang;
kelak akan digunakan apabila kita hendak tunaikan haji atau membeli aset tetap.

10% - simpanan jangka pendek
kelak digunakan untuk pengajian diri sendiri dan anak-anak, beli kenderaan
5% - wakaf; bagi bekalan untuk akhirat
peratusan boleh bertambah dari masa ke semasa
75% - keperluan hidup + bil-bil

Bismillah. Ya Allah Ya Tuhanku.
Perluaskanlah pintu rezeki yang halal buat diriku sekeluarga serta muslimin muslimat sekalian
dunia akhirat kami. Amin.

Ya Allah...ringankan dan berkatikanlah dunia akhiratku

Bismillah...

Ya Allah...
Aku mohon dariMu, ringankan
- mataku yang berat sebab mengantuk
- kepala ku yang berat sebab selsema

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
kecantikannya kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan
perlindungan itu perlindunganMu.

Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh