Thursday, February 27, 2014

Terima kasih

Bismillah...

Terima kasih mummy teman kakak siapkan homework...
Mummy ni macam cikgu...

Mummy bukan cikgu, cuma insyaAllah mummy cuba bantu kakak dalam buat homework dan faham akan ilmu Allah dunia akhirat.

Kakak perlu faham dan jelas kenapa dan apa yang kakak belajar.

TERIMA KASIH itu bukan hanya kerana wang ringgit.
MASA itu lebih berharga dari wang ringgit.

Allahuakbar...Syukur alhamdulillah.

Tuesday, February 11, 2014

Taubat dan keintiman kepada Allah

Bismillah... Semakin banyak dan sibuk kita dengan urusan kerja mahupun dunia... Kita perlu banyakkan bertaubat dan lebih intim kepada Allah. Semoga hati kita lebih meningkat keimanan untuk mendapat keredhaan Allah dunia akhirat. Amin.

Monday, February 10, 2014

10 Februari 2014

Bismillah... Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dalam diam telah 4 bulan duduk di ruang kerja ini. Terima kasih di atas doa suami, mama, anak-anak, babah, mak mertua, adik beradik, ipar duai, biras, anak-anak buah, ketua, rakan-rakan sekerja serta muslimin muslimat sekalian. Moga Allah sentiasa memberkati rezeki ini dunia akhirat...memberi keberkatan kepada ahli keluarga ku juga...Amin

Thursday, February 6, 2014

kecerahan...

Bismillah...

Khamis (6/2/2014)

entry pertama tahun 2014....lamanya ku tinggalkan blog ini bersawang...
pembaca budiman...
alhamdulillah, Allah beri saya peluang untuk menjawat jawatan di bidang Teknologi Maklumat.
Impian yang di makbulkan Allah...
Penghijrahan ini berlaku pada 10/10/2013...
Kadang kala penghijrahan itu memenatkan
tetapi sebenarnya penghijrahan itu hebat manfaatnya.
Niat kerana Allah, moga diberkati dunia akhirat.