Saturday, March 29, 2014

Jalan-jalan bersama keluarga

Bismillah...

Minggu ni penghujung cuti sekolah seminggu.
Alhamdulillah masih di beri kesempatan dari Allah membawa anak-anak berjalan.
Mula-mula nak pergi ke Bangi Gateway je beli jam tangan Nabihah.
Tapi, disebabkan husband dah menghala kereta ke Sg. Merab untuk makan tengah hari...maka terus la menghala ke Putrajaya.

Perancangan ke Putrajaya:
1. Nak tengok belon gas - tidak dipersetujui sebab orang ramai lagi pun dah tengah hari.
2. Nak ke wetland, boleh pusing-pusing kayuh basikal. Basikal kena sewa - tidak dipersetujui sebab dah tengah hari.
3. Gi Alamanda.

Mula-mula buntu gak apa nak buat kat Alamanda ni...
Tapi rupanya ada aktiviti untuk kanak2 dan show peralatan sukan.
Aktiviti:
1. show peralatan sukan: anak-anak pakat test semua alat sukan. yang comelnya ada kerusi urut untuk kanak-kanak. Zaharah mula-mula duduk acam tak selesa...alih-alih dia pun nak syok...sebab badan dapat urut.
2. makan ais-krim cone McD.
3. Sesi mewarna untuk kanak-kanak terawal. pensel warna di sediakan oleh pihak penganjur. tapi, nabihah dan afiqah kena bawa sendiri sebab pensel warna dah habis...alhamdulillah, beli di MPH dekat dengan ruang mewarna.
4. Minum air sambil tengok anak-anak main di ruang main kanak-kanak, rupa-rupanya ruang tu tengah construction...tepaksala kami beredar...hehe

On the way balik, isi minyak...kemudian terus dinner awal.
Seronok tengok anak-anak makan dengan penuh selera...berulang kali kata sedapnya..seapnya...alhamdulillah.
Siap nak tambah nasi lagi, mummy kata takpe...kat rumah ada nasi...nasi kita sambung makan lagi ya...OK

Singgah Bangi gateway, beli jam tangan Nabihah.
Balik rumah...mandi2...rehat-rehat sambil makan keropok...
Makan nasi lauk ikan goreng sedap...
Tidur.

Alhamdulillah...syukur...

No comments:

Post a Comment