Friday, September 19, 2014

Lawatan anak-anak ke Zoo Negara, KL

Bismillah

13-21 September tempoh cuti sekolah buat anak-anak.
Tiada plan apa-apa untuk pengisian cuti sekolah mereka.

Tapi, alhamdulillah mak ku ambil cuti untuk membawa mereka ke Zoo Negara pada 19 September 2014 (Jumaat). Sampai Zoo hampir pukul 10 pagi...sedang elok, zoo baru buka dan tidak sibuk. Sempatla atuk nak ke masjid untuk solat Jumaat.
Impian nak bawa mereka tengok pertunjukkan see lion tercapai.
Waktu operasi 9-5 petang.
Pertunjukkan see lion pukul 11 dan 3 petang untuk hari biasa.

Pada asalnya bukan mummy dan daddy tak nak ambil cuti. Kebetulan hujung minggu telah ada plan untuk anak-anak. Tapi atuk dan nenek nak bagi hadiah juga, alhamdulillah. Dapat la mereka menambah ilmu dengan mengenali haiwan-haiwan dengan lebih dekat.

Alhamdulillah.
13/9/2014 (Sabtu): Bawa mereka ke Perpustakaan Awam Hulu Langat.
14/9/2014 (Ahad): Ada kenduri anak member di Pedas kemudian singgah ke Hutan Lipur Gunuk Datuk, Rembau
16/9/2014 (Selasa): pagi mummy bawak kakak-kakak gi kursus, Fatiamh duduk dengan daddy. petang kami gi Giant, Nilai...on the balik belikan ikan laga untuk kakak-kakak. Ikan Nabihah nama chichi, ikan Afiqah nama chacha...gembira melihat anak-anak gembira...syukur alhamdulillah.
20-21/9/2014 (Sabtu-Ahad): ada aktiviti Kesutra, Fakulti di Bayou Lagoon, Melaka

Moga bermanfaat cuti sekolah mereka kali ini.