Thursday, October 9, 2014

Jumaat Penuh Keberkatan, 10/10/2014

Bismillah.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi pada hari Jumat yang penuh keberkatan ini aku masih di beri nafas untuk mencari rezeki dan meningkatkan amal buat bekalan di akhirat kelak.

Moga Allah menerima amalku dan di tempatkan di syurga Mu pada aras yang tertinggi, amin.

Pada 10/10/2013 aku telah melafaz menerima amanah pekerjaan. Dalam hati, mampukah aku harungi kemanisan dunia pekerjaan pada tahun-tahun akan datang. Pada awal pagi tanggal 10/10/2014 pukul 12.30 aku berkata pada suami...alhamdulillah dah setahun aku pegang amanah Allah ini.

Dalam hati...apakah bakti yang telah aku berikan...apakah ilmu yang telah aku perolehi. Aku rasa ilmuku masih kosong, dunia pekerjaan ku masih hambar. Pada pagi ini, sambil ku merenung langkah kakiku ke tempat kerja...masih bermain di fikiran...apakah baktiku...apakah ilmu yang telah diperolehi.

Alhamdulillah Allah menampakkan satu persatu perjuanganku...cuma aku perlu lebih teratur, konsisten dan tepati masa. Moga walau di mana pun aku berada, walau apa pekerjaan yang halal aku terima...moga hati dan diriku sentiasa dekat dengan Allah dan keluarga. 

Ya Allah...Ya Tuhanku...dekatkan hati dan diriku sentiasa dekat denganMu. Hamba mohon keberkatan dengan segala sumber pendapatan halal, kesihatan dan usia yang berkat yang sentiasa Kau kurniakan kepadaku dunia akhiratku. Hidup dan matiku sentiasa dalam iman. Moga Kau kurniakan ku mati syahid dalam keadaan yang penuh syafaat dan sungguh indah di alam barzakh.