Friday, February 20, 2015

Homestay Mampu Milik dan Selesa di Banting

Bismillah,

Sebelum cuti Raya Cina...belum terfikir nak buat aktiviti apa. Asal ingat nak balik kampung Mertua, tapi husband busy sket dengan Hashem Agro Ventures. Alhamdulillah tergerak nak kemaskan umah mak ayah kat Taman Setia Jaya, Banting. Target nak komersialkan sebagai Homestay Mampu Milik dan Selesa.

Buat pembaca budiman, boleh tengok hiasan dalam dan luaran Homestay Mampu Milik kami yang selesa dan kemas. Homestay Mampu Milik Selesa di Banting.

Ilham tercetusnya nak usahakan sebagai homestay, walau ramai yang bertanya untuk sewa rumah ni; adalah di sebabkan nak mengurangkan maintenance rumah dan menghargai jasa mak ayah.

Peta MDKL...mudahkan pengunjung untuk berjalan-jalan di tempat yang penuh bersejarah, Banting.

"Barang siapa menjadikan istighfar sebagai amalan yang tetap, nescaya Allah akan membebaskannya dari segala bentuk kesusahan dan melapangkannya dari tekanan serta mengurniakan rezeki yang tidak terhitung banyaknya."

Sebarang pertanyaan, tempahan @ maklumat lanjut;
Sila hubungi:
Farah : 012 6713780

Thursday, February 19, 2015

Homestay Mampu Milik dan Selesa di HAVS (RR)

Bismillah,

Mencari-cari Homestay Mampu Milik sekitar Banting.
Jom singgah dan bermalam di Homestay HAVS (RR) yang terletak tidak jauh dengan Pantai Kelanang, Pantai Morib, Fazz Kerepek House (blog: http://fazzkerepekhouse.blogspot.com/) dan Pekan Banting, Kuala Langat, Selangor.

Meh saya nak share sket gambar-gambar buat tarikan pengunjung:

Laman Luar
Ruang Tamu Utama

Ruang Tamu Tengah


Bilik Utama













Bilik Kedua


Ruang Makan & Dapur
Ruang rumah:
- rumah tepi, ada ruang untuk bermain, berehat di bawah pokok mangga, BBQ, sidai kain.
- 2 bilik tidur beserta katil, almari dan keperluan tidur.
- 2 ruang rehat
- 1 ruang makan dan dapur yang luas beserta keperluan masak dan makan.
- 1 bilik mandi beserta tandas duduk.
- 1 bilik air.

Keperluan yang disediakan:
- Mesin basuh.
- Peti Ais.
- Dapur gas & tong gas.
- Kettle elektrik
- Periuk Nasi
- Toaster Roti
- Blender
- Kuali
- Peralatan memasak

Sebarang pertanyaan, tempahan @ maklumat lanjut;
Sila hubungi:
Farah : 012 6713780

Monday, February 9, 2015

Jumpa Kawan Sembang, Kak Kim

Bismillah,

Semasa dalam perjalanan ke Bank, singgah beli kuih.
Dalam hati sambil-sambil tunggu giliran boleh makan kuih alas perut.

Sampai-sampai dapat no...35 orang lagi kena tunggu.

Naik atas cari kerusi kosong yang ada meja, sebab senang nak tulis borang kuar duit.
Jumpa la sorang kakak ni.
Aku offer makan kuih yang aku beli...alhamdulillah dia terima.
Sebab aku tahu mesti dia pun lapar macam perutku.

Sambil-sambil makan kuih kami pun sembang la dari urusan kerja sampai urusan keluarga.
Tak di sangka-sangka sampai la no giliran kami.
Pada awalnya kami rasa lama...tapi dengan makan dan sembang alhamdulillah di permudahkan Allah urusan dan jemu menunggu tu.

No. aku 6 setelah Kak Kim.
Datangla adik comel duduk sebelah ku...sambil nak duduk sambil tengok-tengok perutnya.
Dalam hati ku, mengandung ke adik ni...tapi nampak muda.
Setelah di amat-amati...tengok jarinya berinai.
Tanyala pakai inai apa...dah lunak sikit perbualan tu...
Aku tanya, baru nikah ke...
aa ya jawab adik manis ni.
Bila...
Baru bulan Januari tu kak, alhamdulillah ni dah mengandung.

Sambil tunggu no ku dipanggil ada lagi seketul goreng pisang.
Pasti adik ni pun lapar.
Ku sua goreng pisang tu...dia malu-malu.
Amik la dik, ni rezeki adik...
Alhamdulillah adik tu ambil goreng pisang tersebut.

Sambung sembang lagi...kadang-kadang aku ni suka tanya.
Upe-upenya adik ni belum makan, takde rasa loya tapi tak berapa lalu nak makan nasi.
Aku pun mula la sesi ceramah pendek...hehe
Awal-awal mengandung ni kena jaga lebih lagi.
Alhamdulillah adik takde mabuk-mabuk.
Tapi adik kena makan makanan yang berkhasiat ya...kesian baby lapar.
Puas bila ku lihat adik tu mampu tersenyum.
Alhamdulillah no giliran ku pun di panggil.

Dapatla jumpa 2 orang kawan baru hari ni.
Kak Kim keje di Inspen.
Adik manis keje di Farmasi Sekyen 8, Bandar Baru Bangi.

wassalam.