Tuesday, March 17, 2015

Anak Buah Baru 170315

Bismillah,

tahniah Humaira dan Huwaida dah dapat adik boy (Muhammad Imran Farhan Bin Faizal Redza), maaf kalau tersilap eja...pukul 12 tengah hari lebih di HUSM.
lepas ni adik la geng main tendang bola. Baby boy cucu pertama Tokpa dan Tokma, alhamdulillah.

tahniah buat Izan dan Boy.

alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

bagi yang nak bersalin, amalkan surah mujaadala, surah 58.
minta mak, ayah, adik beradik atau sesiapa yang terdekat bacakan surah ni...dan doakan supaya semuanya dipermudahkan Allah.

Moga membesar menjadi anak yang solehah, cemerlang dunia akhirat, insyaAllah.

amin

Thursday, March 12, 2015

Kaya Ketenangan dengan Mengingati Allah

Bismillah,

Kaya ini terlalu sinonim. Bukan kaya wang ringgit, jawatan atau keperluan dunia yang diperlukan tetapi kaya ketenangan yang setiap manusia perlukan. Basahi hati, jiwa, iman dan diri dengan zikrullah. Bukan sekadar zikir di mulut, tetapi juga di hati dan perbuatan setiap masa dan saat.


Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.

Terima kasih dengan menonton video Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo di atas. Sedikit perkongsian coretan di artikal saya: Muhasabah Diri Agar Kekal Positif. Didik diri supaya sentiasa dekat mengingati kematian. Sayang anak-anak supaya sentiasa sedekahkan doa dan al-Fatihah semasa kita hidup atau telah kembali ke rahmatullah. Terima kasih pembaca budiman sudi meluangkan masa membaca coretan saya.

Saturday, March 7, 2015

Pemasangan Njoi di Homestay HAVS (RR) Banting

Bismillah,

Alhamdulillah dalam tempoh seminggu Njoi berjaya di pasang di Homestay HAVS (RR), Banting. Mula-mula order hari Sabtu 28 Feb 2015, tanya Staf Njoi kalau boleh pasang hari Ahad 1 Mac 2015. Beliau kata tak boleh, tapi kalau pasang hari Sabtu 7 Mac 2015 insyaAllah boleh. Kami pun setuju, dalam pukul 9 pagi kontraktor yang pasang pun sampai rumah.

Akhirnya, para penginap homestay kami boleh la menonton tv.

NJOI

Cimel je decoder NJOI
Dengan selesainya pemasangan NJOI di Homestay kami, para pengunjung pasti tidak merasa kesunyian.

Sebarang pertanyaan, tempahan @ maklumat lanjut;
Sila hubungi:
Farah : 012 6713780

Sunday, March 1, 2015

Keindahan Menarik Sekitar Banting

Bismillah,

Apa yang menarik di Banting ya. Sekitar Homestay HAVS (RR) macam-macam tempat menarik yang ada dan boleh di kunjungi.

Homestay Selesa dan Menarik

Saudara saudari budiman boleh berkunjung ke Rumah Api Bukit Jugra. Rumah api ini dibina oleh Jabatan Marin Malaysia pada 1976 bagi mengawal dan membantu pelayaran dan pergerakan kapal dagang dan nelayan yang melalui Selat Melaka terutama yang akan berlabuh di Pelabuhan Klang. Rumah api ini dibina berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari aras laut.

Rumah Api Bukit Jugra
Hendak melihat keindahan Banting dari Puncak Bukit Jugra. Kepada yang berminat aktiviti lasak atau ingin melihat keindahan alam memang rugi kalau tidak berkunjung ke Bukit Jugra. Dalam melihat Sungai Kuala Langat.
Pemandangan Indah
Wanita mahupun lelaki pasti berminat dengan aktiviti bercucuk tanam, mengindahkan nursery di rumah. Kedai ini setiap hari akan tutup pada pukul 7 petang, hari Ahad tutup pukul 5 petang. Memberi perkhidmatan penghantaran hingga ke rumah, jika ingin bantuan di tanam sekali pokok hiasan yang di beli, caj yang berpatutan di kenakan.

Kedai Bunga
Kedai bunga atau nursery ini terletak bersebelahan dengan Dataran Banting, berdepan dengan Hospital Banting dan mengambil masa 5-10 minit pemanduan dari Homestay HAVS (RR).


Pantai Kelanang
Keindahan Pantai Kelanang menjadi tempat tumpuan keluarga berkhemah dan BBQ. DI lengkapi dengan bilik mandi, surau, keselamatan Rela, JPAM, tempat rehat yang selesa serta kedai makan berdekatan. Pengunjung yang datang dapat menikmati keindahan alam serta anak-anak ada tempat bermain.

Sebarang pertanyaan, tempahan @ maklumat lanjut;
Sila hubungi:
Farah : 012 6713780