Sunday, May 24, 2015

Percutian Menarik Sempena Cuti Sekolah Di Banting

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah 30 Mei - 14 Jun 2015, anak-anak bakal menikmati cuti sekolah. Kebiasaannya saya tidak mengambil cuti "special" untuk anak-anak sempena cuti sekolah. Tapi kali ini dengan izin Allah saya dapat membawa mereka bercuti di awal minggu iaitu pada 30-31 Mei 2015.

Kebetulan tempat kerja mengadakan Hari Keluarga. Nak tahu di mana tempatnya...Hotel Impian, Morib. Mula-mula saya terima emel, seperti tak nak turut serta...tapi bila fikir-fikir balik...walau pun hotel itu dekat dengan kampung saya...tak pasti bila saya dapat membawa anak-anak bermalam di situ, sebab 20-30 minit saje dari kampung mereka. Akhirnya saya setuju ikut serta program Hari Keluarga tersebut. Saya turut menghargai usaha mereka kerana memilih Morib, Banting sebagai destinasi percutian dan Hari Keluarga.

Saya sering mengingatkan kawan-kawan yang turut serta ke Hari Keluarga ini supaya tidak melepaskan peluang singgah ke kilang kerepek...Fazz Enterprise Kerepek House (03-3181 3076) atau Ros Kerepek Enterprise (03-3187 0512). Saya turut dapat memberi/melukis peta buat mereka...supaya sepanjang perjalanan bila terjumpa nama yang agak asing dari pendengaran mereka sudah tidak merasa kekok. Alhamdulillah respon dari kawan-kawan amat positif.

Kepada yang bercadang ingin membawa anak-anak atau ahli keluarga bercuti ke Morib Gold Coast atau Sepang Gold Coast boleh la menginap di Homestay Mampu Milik saya yang terletak di Taman Setia Jaya.



Sebarang pertanyaan, tempahan @ maklumat lanjut;
Sila hubungi:


Farah : 012 6713780

Monday, May 18, 2015

Hawadingin di Homestay Mampu Milik Banting

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah selesai proses pemasangan hawadingin di hall utama homestay kami. Hasil dari feedback keluarga yang pernah menginap di homestay kami, mereka nyatakan sekiranya di pasang hawadingin lebih bagus. Sesuai dengan keadaan suhu dan cuaca di Malaysia. Pertanyaan pertama pelanggan yang sedang mencari-cari homestay, "Homestay Puan ada aircond ke...?".

Dengan hasil kewangan, alhamdulillah dapat pasang hawadingin di hall utama...boleh la dinikmati oleh seluruh keluarga yang menginap di homestay mampu milik kami di Banting. Jom para pembaca...menginap dan bercuti di Banting, Selangor....:)

Sebarang pertanyaan, tempahan @ maklumat lanjut;
Sila hubungi:

Farah : 012 6713780

Thursday, May 14, 2015

Yang Mana Satu Yuhanis, Hati Perempuan

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah, kembali saya di medan penulisan...ada sahaja yang bermain di benak fikiran untuk menulis pelbagai coretan. Namun kadangkala ia hanya bermain di minda bukan di mata pena. Petang Khamis saya mengasah skill bermain catur. Ini gara-gara sebab nak berlawan antara Gugusan pada hari Sabtu. Pandangan pertama bila tengok board chess hati saya berdebar, sebab dari bulan 9 tahun 2014 saya tidak berlatih. Lawan dengan komputer pun tidak sama sekali. 

Terkeluarkan juga kata-kata dari mulut saya di depan Pengurus Catur Gugusan "boleh ke main ni, dah lama tak praktis". Hancur luluh pengurus dengar. Namun, saya gagahkan usaha...tajamkan minda...memang pening tak terkata...dek tahan perut yang lapar di tambah dengan dah lama tak berlatih chess. Alhamdulillah dapat juga selesaikan 1 game...walau kena checkmate. Dapat la juga aku imbas segala tricks and skills. Tempat berlatih adalah dalam library yang sungguh tenang, sunyi dan sepi. 

Yang bestnya, ada pelajar sedang praktis berdiolog...macam tengok drama pun ada. Tapi situasi mereka tidak mengganggu urusan kami. Setelah mereka habis praktis...sempat rakan saya bertanya..."Yang mana satuYuhanis". Saya pun terus menyampuk, "adik tengah buat lakonan Hati Perempuan ke". Mereka jawab "tidak" sambil masing-masing tersenyum.


Novel "Hati Perempuan"

Sungguh kuat pukulan novel yang aku sedang baca "Hati Perempuan". Tak sangka rakan satu team catur yang lelaki pun follow tonton movie "Hati Perempuan". Salah seorang kata, isteri dia buka channel tu terpaksa la tengok sekali. Hehe...tergelak saya dengar jawapan tu. Saya bgtau, saya tak sempat tengok movie tu, tapi saya baca novelnya...saya rasa seronok...:). Anak saya Afiqah pun jeles bila saya ngadap baca novel "Hati Perempuan". Alhamdulillah sudah selamat pulangkan ke Perpustakaan Hulu Langat.

Sedikit potongan ayat, "Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi."

Potongan prolog, "Suara ceria kanak-kanak lelaki dan perempuan yang sedang bermain di hamparan luas padang rumput seolah-olah satu irama indah buatnya. Bukan harta mahupun nama yang membahagiakan manusia, bukan juga kejayaan menjulang dan kekayaan bergunung untuk membeli kegembiraan. Apa yang penting ialah reda dan rahmat Ilahi bersama restu ibu bapa. Dia tidak ingin tamak untuk mencari apakah sebenarnya menjadi manusia yang paling bahagia di dunia. Kerana kebahagiaan di dunia ini adalah bila seseorang manusia itu bersyukur. Doa setiap melakukan solat."

Potongan epilog, "Assalamualaikum...Suara hampir di telinganya menyedarkan Yuhanis dari lamunan. Pujian dan kesyukurannya kepada Allah tidak pernah putus. Dia juga bersyukur kerana dilahirkan dengan kesedaran yang begitu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapi Yuhanis bahagia dengan segala anugerah yang diberikan-Nya walaupun ada ketika badai melanda."

Dapatkan novel ini berhampiran anda untuk mengetahui kupasan selanjutnya.

Tuesday, May 12, 2015

Melawat Hirni di Wad 5E PPUKM

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.


Hari ini meneruskan niat dan tujuan ingin melawat kawan yang sama-sama pernah belajar di UiTM Arau kemudian di UiTM Shah Alam, Puan Norhirni. Aku menaiki komuter dari stesyen UKM menuju ke Bandar Tasik Selatan, kemudian menaiki LRT ke Bandar Tun Razak. Sedang memikir-mikir untuk mengambil bas rapid ke PPUKM alhamdulillah Puan Ina bersetuju untuk menghantarku ke PPUKM. 


Farah dengan Hirni
Setelah sampai di PPUKM, terus menuju ke tingkat 5 mencari wad 5E dan katil 21. Alhamdulillah dengan mudah Allah temukanku dengan hirni, suami dan anak-anaknya, kawan hirni dan juga ibunya. Mengisi waktu terluang bersembang santai sambil mengisi masa melawat. Alhamdulillah dah sampai pukul 2, nurse masih memahami kami untuk sentiasa menemani Hirni di sisi. Semoga Allah sentiasa menjaga Hirni dan ahli keluarganya. Sayu hati yang melihat, sayu lagi hati yang menanggung segalanya. Layanan doktor dan nurse di wad ini sungguh menyentuh hati...layanan mereka memang terbaik kepada pesakit dan pelawat.

Hujan pun renyai-renyai membasahi bumi. Kebetulan kawan hirni, Puan Eijah pun ingin balik...maka mereka menghantar ku ke LRT Bandar Tun Razak. Sambil menunggu LRT sampai, aku meneruskan membaca novel "Hati Perempuan",,,terlalu seronok mengikuti bait-bait dialognya hingga tidak terasa masa begitu cepat berlalu. Kemudian, bila sampai di Komuter Bandar Tasik Selatan...aku meneruskan pembacaan novel untuk menunggu train yang seterusnya.


Hati Perempuan

Alhamdulillah selamat sampai di Komuter UKM, hujan lebat telah berhenti... Syukur Allah permudah urusan melawat Hirni. On the way balik, ada motor terjatuh betul-betul depan keretaku...alhamdulillah aku tak bawa laju, sempat juga mengelak ke tepi...penunggang motosikal alhamdulillah tidak cedera...ada kemungkinan sebab tayar botak atau masalah lain yang aku pun tak tahu. Paling utama penunggang motosikal itu selamat.

Terima kasih para pembaca budiman yang sudi meneruskan membaca coretan artikal ku ini.


Tuesday, May 5, 2015

Tempahan Penginapan di Homestay HAVS (RR)

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah, syukur bila dapat memberi servis terbaik buat keluarga yang menginap di Homestay HAVS (RR). Tempahan di buat lebih awal dengan bayaran deposit diperlukan bagi mengelak pertembungan dengan tempahan keluarga yang lain.


" If you want to view my Airbnb page "




Corner Lot Exclusive Homestay RR


Banting, Selangor, Malaysia
Our cool and comfortable single storey homestay with 2 bedrooms, 1 main hall and 1 family hall. Enjoy a cozy kitchen, 1 bathroom, toilet seat with shower and 1 squatting toilet. About 25 minutes to...
Accommodations in Banting


Tempahan Penginapan 2015

Mei:
1-3 (3D 2N): Keluarga Puan Rini, dari Ampang dan Kuantan
8-9 (2D 1N): Keluarga Mertua Haris
22-23 (2D 1N): Keluarga Yazid, Batu 6 Banting

Jun:
Salam Ramadhan

Julai:
17-18 (2D 1N): Keluarga En. Haizum, Kajang


Ogos:
21-22 (2D 1N): Keluarga En. Ali, Banting

September:
5-6 (2D 1N): Keluarga Puan Salina, dari Taiping
11-13 (3D 2N): Cikgu Mohan, Hulu Selangor

Oktober:
30-31 (2D 1N): Keluarga Hayati, Banting

November:
6-7 (2D 1N): Keluarga Puan Aina
6-8 (3D 2N): Keluarga WakMat, Banting
13-14 (2D 1N): Keluarga Puan Salbiah, Banting
28-30 (3D 2N): Keluarga En. Amir, Banting

Disember:
4-5 (2D 1N): tetamu Banting
12-13 (2D 1N): En. Sofie, Perak
29-30 (2D 1N): tetamu Terengganu/Kelantan


Sebarang pertanyaan, tempahan @ maklumat lanjut;
Sila hubungi:
Farah : 012 6713780