Sunday, May 24, 2015

Percutian Menarik Sempena Cuti Sekolah Di Banting

Bismillah,

Segala puji bagi Allah s.w.t., Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam di sampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w., keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah 30 Mei - 14 Jun 2015, anak-anak bakal menikmati cuti sekolah. Kebiasaannya saya tidak mengambil cuti "special" untuk anak-anak sempena cuti sekolah. Tapi kali ini dengan izin Allah saya dapat membawa mereka bercuti di awal minggu iaitu pada 30-31 Mei 2015.

Kebetulan tempat kerja mengadakan Hari Keluarga. Nak tahu di mana tempatnya...Hotel Impian, Morib. Mula-mula saya terima emel, seperti tak nak turut serta...tapi bila fikir-fikir balik...walau pun hotel itu dekat dengan kampung saya...tak pasti bila saya dapat membawa anak-anak bermalam di situ, sebab 20-30 minit saje dari kampung mereka. Akhirnya saya setuju ikut serta program Hari Keluarga tersebut. Saya turut menghargai usaha mereka kerana memilih Morib, Banting sebagai destinasi percutian dan Hari Keluarga.

Saya sering mengingatkan kawan-kawan yang turut serta ke Hari Keluarga ini supaya tidak melepaskan peluang singgah ke kilang kerepek...Fazz Enterprise Kerepek House (03-3181 3076) atau Ros Kerepek Enterprise (03-3187 0512). Saya turut dapat memberi/melukis peta buat mereka...supaya sepanjang perjalanan bila terjumpa nama yang agak asing dari pendengaran mereka sudah tidak merasa kekok. Alhamdulillah respon dari kawan-kawan amat positif.

Kepada yang bercadang ingin membawa anak-anak atau ahli keluarga bercuti ke Morib Gold Coast atau Sepang Gold Coast boleh la menginap di Homestay Mampu Milik saya yang terletak di Taman Setia Jaya.



Sebarang pertanyaan, tempahan @ maklumat lanjut;
Sila hubungi:


Farah : 012 6713780

No comments:

Post a Comment