Monday, October 10, 2016

Kisah Aku, Atuk dan Nenek

Tetiba rindu kat arwah atuk dan nenek.

Nak citer sebelah ayah dulu.
Sejak aku lahir, memang tak jumpa arwah atuk. Alhamdulillah arwah atuk meninggal di Mekah atas pangkuan nenek (menurut cerita ayahku).

Arwah nenek, setiap kali nak balik kampung hati memang berderau. Sebab arwah nenk ni pembersih dan keje umah perfect. Tapi nak takut mcm mana...rumah nenek tetap kena balik. Lagipun kalau lama tak balik mesti la rindu kan. So, aku berlatih jadi cucu yang baik. Mana yang rasa tak boleh buat aku tak buat. Tapi sedaya upaya aku usahakan buat apa yang nenek suka.

Apa yang aku buat...?
Lepas basuh pinggan, mop lantai kalau lantai basah.
Pagi mesti amik penyapu dulu sebelum nenek pegang penyapu.
Kain baju terus lipas lepas angkat...biar tak kumut dan kemas.

Alhamdulillah arwah nenek banyak la mengajarku tentang urusan diri dan mengajar erti berdikari. Arwah nenek ni jenis tepat masa.

Nak citer sebelah mak pula.
Pernahla tolong atuk dan nenek.
Atuk bagus, mandi, lepas solat subuh, ngaji, sarapan terus masuk kebun. Ada la keje2 kampung yang diusahakan. Memang rajin orangnya. Sebelum pukul 12 mesti dah balik rumah. Untuk berehat, bersihkan diri dan bersedia untuk solat zohor. Redup sket atuk pusing area2 tepi umah. Masuk waktu asar atuk balik umah. Magrib atuk gi surau, kadang tunggu sampai isyak kadang isyak kat umah.

Aku suka masuk kebun dengan atuk...petik buah kopi, kumpul kelapa...dan keje2 ringan yang boleh di tolong. Atuk bagus, setiap kali dengar anak cucu nak balik...mesti masuk kebun tangkap ayam kampung. sembelih dan uruskan sampai bersih. Lepas tu nenek la yang masak sedap2. Setiap kali cucu balik, dengar je bunyi loceng aiskrim, atuk mesti suh kami panggil. Atuk suka belanja kami cucu2nya.

Arwah nenek kecil molek orangnya. Pandai masak, buat kuih baulu, kuih bakar. Tiap kali bulan puasa...nenek mesti tunggu aku balik untuk buat kuih bakar dan baulu sama. Bila aku dah besar, kalau nenek kurang sihat ke...nak gi spital cek doktor...kalau boleh nenek nak tunggu aku cuti semester. Sebab nenek kata, kalau nenek masuk wad ada la cucu boleh tolong tengok.

Kenangan betul dok kampung ngan atuk nenek. Mereka memang wira dan wirawatiku...di samping ibu bapaku.

No comments:

Post a Comment